Program PUTRA@Saintis Halal Cilik | HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
» NEWS » Program PUTRA@Saintis Halal Cilik

Program PUTRA@Saintis Halal Cilik

SERDANG, 19 Dis- Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan aktiviti saintifik yang menyasarkan kanak-kanak, Program PUTRA@Saintis Halal Cilik bagi menyampaikan informasi dan pengetahuan asas berkaitan konsep halal secara umum.Selaku penaung kepada Program PUTRA@Saintis Halal Cilik, Prof. Dr. Shuhaimi Mustafa yang juga pengarah di IPPH, UPM berkata program tersebut dianjurkan sebagai salah satu langkah untuk menyokong fungsi universiti dalam usaha pemindahan teknologi dan perkongsian maklumat kepada golongan sasaran yang dikenalpasti.

“Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada kakitangan UPM mahupun orang awam dengan jumlah 50 orang peserta walaupun ini adalah pertama kali program seperti ini diadakan oleh pihak institut. Ia diharap akan ditambah baik pada masa akan datang dengan mempelbagaikan lagi aktiviti untuk menarik minat lebih ramai kanak-kanak,” katanya.Beliau berkata inisiatif seperti ini adalah penting bagi menyediakan pendedahan awal kepada kanak-kanak tentang konsep halal dalam kehidupan seharian.

Menurut ketua Laboratori Perkhidmatan Halal, Prof. Madya Ir. Dr. Yus Aniza Yusof selaku pengarah program bahawa penganjuran Program PUTRA@Saintis Halal Cilik merupakan salah satu aktiviti khidmat masyarakat yang dijalankan oleh pihak institut bagi memberikan kesedaran halal menggunakan pendekatan sains. Ia juga adalah antara strategi pihak institut untuk mempromosikan aktiviti latihan dan perkhidmatan pengujian sampel bagi tujuan penyelidikan dan juga industri.Program ini yang disertai oleh kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun merangkumi pendedahan awal tentang isu halal dan konsep halalan toyyiban termasuk sertu, alkohol, DNA, mikroskop serta gelatin. Aktiviti dan demonstrasi eksperimen dijalankan secara berkumpulan oleh pegawai teknikal sains yang berpengalaman dalam gaya bahasa yang mudah difahami oleh kanak-kanak.

Program PUTRA@Saintis Halal Cilik akan dijadikan aktiviti tahunan di Institut Penyelidikan Produk Halal, UPM dan diharapkan agar mendapat sambutan yang lebih menggalakkan pada masa hadapan.

Date of Input: 20/12/2018 | Updated: 20/12/2018 | salehan

MEDIA SHARING

HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEZHAi~