| HALAL PRODUCTS RESEARCH INSTITUTE

Liputan media Aplikasi Salam Halal KL


Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini melancarkan aplikasi yang membolehkan umat Islam di ibu kota mencari dan memastikan ketulenan status halal premis makanan mengikut spesifikasi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melalui telefon pintar mereka.

Pelajar Institut Penyelidikan Halal (IPPH) UPM, Mohammad Syukri Metussin yang merupakan pencipta aplikasi yang diberi nama ‘Salam Halal KL’ itu berkata, aplikasi tersebut merupakan yang pertama di dunia menggunakan teknologi ‘Augmented Reality’ yang menawarkan ciri interaktif dan turut mempunyai ciri rangkaian sosial tersendiri membolehkan pengguna berkongsi gambar hidangan makanan dan memberi komen mengenai premis makanan halal yang mereka kunjungi.

“Paparan pada skrin adalah logo pensijilan halal yang menandakan lokasi premis makanan tersebut dan jarak dari tempat mereka berada. Aplikasi ini turut membuka peluang pengiklanan untuk premis makanan yang mempunyai sijil halal.

“Buat masa ini, aplikasi ‘Salam Halal KL’ hanya terhad di kawasan Kuala Lumpur dan sedang dalam perancangan untuk diperluaskan bukan sahaja ke seluruh negara, malah di pasaran global,” katanya. - UTUSAN ONLINE


SXDdPAu~