Program Internship Mobility Dari PUNJAB, India (GADVASU). | INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
» BERITA » Program Internship Mobility dari PUNJAB, India (GADVASU).

Program Internship Mobility dari PUNJAB, India (GADVASU).

SERDANG, 28 Julai : Program Internship Mobility ini telah diadakan pada 9 Jun hingga 8 Julai 2023 yang disertai seramai 15 orang pelajar Sarjana Muda dari College of Dairy Science & Technology Guru Angad Dev Veterinary & Animal Sciences University Ludhiana, PUNJAB, India (GADVASU). Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Antara program yang telah dilaksanakan ialah aktiviti luar seperti Melawat Kilang Berlys, SISFEC, Solar Farm, Museum Veterinar, Ladang 16, Kuil Batu Caves dan Perpustakaan UPM. Pelajar juga didedahkan dengan beberapa siri syarahan yang disampaikan oleh penyelidik IPPH berkaitan kepakaran masing-masing. Para pelajar juga telah diberi peluang melawat fasiliti yang disediakan oleh Universiti Putra Malaysia seperti rumah sembelihan Fakulti Pertanian, Laboratori di IPPH, Fakulti Sains & Teknologi Makanan, Institut Pertanian Tropika Dan Sekuriti Makanan (Itafos). Para pelajar telah memberikan maklum balas yang positif terhadap program yang telah mereka sertai dan diharap dapat memberi impak yang besar kepada Univerisiti Putra Malaysia secara amProgram Internship Mobility dari College of Dairy Science & Technology Guru Angad Dev Veterinary &nya dan IPPH secara khususnya.

Tarikh Input: 28/07/2023 | Kemaskini: 01/08/2023 | salehan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691426
0389439745
SXEdDAS~