| INSTITUT PENYELIDIKAN PRODUK HALAL

LAWATAN YB TIMBALAN MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI


SERDANG, 6 Sept – Laboratori Perkhidmatan Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) menerima kunjungan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Ahmad Maslan yang melawat fasiliti penyelidikan berkaitan halal.

Kunjungan itu selaras usaha kerajaan untuk mempromosikan pelaburan dan perdagangan berkaitan industri halal untuk menjadikan Malaysia sebagai hab halal antarabangsa. Semasa lawatan itu beliau diberi penerangan oleh Pengarah IPPH UPM, Prof. Dato’ Dr. Mohd Yazid Abd Manap mengenai laboratori itu yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang kritikal di sepanjang rantaian bekalan makanan halal serta produk bukan makanan seperti kosmetik dan kegunaan konsumer.

Naib Canselor UPM, YBhg. Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris turut hadir ketika lawatan itu.

    




SXDdWAH~